Tempat Makan best di Bukit Indah, Johor Bahru : Restoran Mak Ungku and Catering


Yey! Dah endemik,! Tempat Makan best di Bukit Indah, Johor Bahru ni iaitu Restoran Mak Ungku and Catering dibuka seperti biasa selepas kerajaan mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik beberapa minggu yang lepas. Jadi buat korang yang ingin makan angin sambil mengunjungi Legoland Malaysia, di sinilah antara tempat makan yang boleh korang kunjungi atau tujui apabila berada di Legoland Malaysia.

Foto atas : Ayam panggang pada waktu makan tengahari. Cuba anda sebutkan tempat manakah yang memanggang ayam untuk dihidangkan kepada pelanggan-pelanggan pada waktu makan tengahari?

Menu pelbagai lauk-pauk makan tengahari juga disediakan di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan dihati.

Foto atas : Retoran ini terletak tak jauh dari Aeon Bukit Indah, Johor Bahru iaitu lebih kurang 1.5km sahaja jaraknya

Foto atas : Tu dia, air sirap percuma setiap hari Jumaat.

Jadi kalau korang berada di sekitar Iskandar Puteri, jangan lupa datang ke tempat makan di Bukit Indah, Johor Bahru ini.!