Tempat Makan Best dekat Johor Bahru dan Dillenia Homestay : Restoran Cookies & Ginger, 15 minit dari Legoland

inger-tempat makan-homestay-legoland

Foto atas menunjukkan hiasan dalaman restoran yang cozy bertemakan buku-buku yang pastinya menarik perhatian anda sekeluarga.

Lapar selepas sehari suntuk bermain dengan 50 permainan di Legoland? Nak cari tempat makan best premium dekat Legoland Malaysia ataupun yang dekat homestay tapi tak nak pergi jauh-jauh..sini admin kenalkan korang semua dengan restoran yang agak premium iaitu Cookies and Ginger yang lokasinya cuma 10 minit “drive distance” dari Dillenia Homestay.
Korang sekeluarga pastinya akan tertarik dengan suasana dalaman kedai yang cantik serta alunan muzik yang menenangkan sambil menunggu pesanan makanan anda tiba.
Tempat makan best di Johor Bahru dan juga dekat dengan homestay di Bukit Indah ini juga memberikan anda sekeluarga opsyen pelbagai jenis menu makanan dari masakan Western, Italian hinggalah Mexican dll. Selain itu pelbagai menu grilled, steak dan “chop” pelbagai jenis boleh dipesan di sini.

Jadi , bila anda menginap di homestay dekat Bukit Indah ini, jalan mana untuk sampai ke Restoran Cookies and Ginger ni ?. Klik untuk dapatkan info lokasi restoran di sini