Foto atas menunjukkan meja di dalam restoran Cookies and Ginger yang super duper cozy di mana pelanggan-pelanggan yang bertuah akan mendapatkan roti pastry Croissant (sebutan Kwa~zon) komplimentari bagi yang dengan group atau family.
Di belakang meja dinner yang telah di “booking” ini juga terdapat air “sky juice” percuma untuk para pelanggan Dan buat admin serta group, Croissant beserta butter menambahkan lagi kesukaan kami kepada owner “chef Botak” yang friendly kepada pelanggan. Di harap kemesraan kepada pelanggan diteruskan pada masa akan datang.
Dan buat admin serta group, Croissant beserta butter yang percuma menambahkan lagi kesukaan kami kepada owner “chef Botak” yang friendly kepada pelanggan termasuk kami. Di harap kemesraan kepada pelanggan diteruskan pada masa akan datang. Jadi kalau anda sekeluarga bercuti di Legoland Malaysia dan menginap di Dillenia Homestay, pastikan restoran yang cozy ini tersenarai ke dalam itinerari jalan-jalan cuti-cuti(j2c2) ke sini ya. Cuma sediakan wangnya ya.
Di sini korang sekeluarga akan gelap mata melihat bermacam pilihan makanan Western, Italian hinggalah Mexican dll. yang akan membuatkan air liur meleleh ( hidangan Western di sini pastikan tidak mengecewakan anda kerana rasanya, tekstur dan hiasannya amat berbeza dengan menu ala Western Melayu yang biasa korang temui di restoran-restoran Hippies yang kekadang mahal harganya tetapi rasanya dan skala keenakan amat mengecewakan 😀)
Selain itu pelbagai menu grilled, steak dan “chop” pelbagai jenis boleh dipesan di sini. Baca lagi post-post blog kami yang lepas berkaitan Resto Coookies and Ginger di bawah :
Jadi , bila anda menginap di homestay dekat Bukit Indah ini, jalan mana untuk sampai ke lokasi Restoran Cookies and Ginger ni ?. Klik untuk dapatkan info lokasi restoran di sini