Restaurant Street, Aeon Mall Bukit Indah
Di atas kami persembahkan pada korang foto Restaurant Street, iaitu bahagian yang menempat restoran-restoran di dalam Aeon Mall. Dinamakan begini kerana bila masuk ke sini seolah-olah anda berjalan dalam satu jalan atau lorong di mana kiri dan kanan perjalananan anda penuh dengan restoran dan food outlets.
Di sini anda dan keluarga takkan kehabisan idea untuk memilih lebih daripada 20 outlet-outlet makanan yang terdiri daripada KFC, Pizza Hut, A&W, Secret Recipe, Manhattan Fish Market, Oriental Coffee, Nandos, SDS Cafe( kini Pastry dan Makanan Pelbagai, Local, Chinese, Western dll)
Ini baru tingkat ground, belum lagi Restaurant Street yang berada di tingkat 2 Mall ni ye 😀
Korang jangan lupa ye, kalau lepas seronok main air kat Legoland dan rasa lapar, last order restoran-restoran dalam Aeon Mall ni ialah pukul 8.30 malam ya.
Hasta La Vista folk!! 😀 Selamat Bercuti dan ber Travel ye! 🙂