Cari Tempat Makan dekat Legoland Malaysia & Johor Bahru? : Meh ke Restoran Osman(mamak), Bandar Bukit Indah, JB

Nak cari Tempat Makan dekat Legoland Malaysia & Johor Bahru? : Restoran Osman, Bandar Bukit Indah - sardin kacipap

Cari tempat makan berdekatan area Legoland Malaysia semasa anda menginap di Dillenia Homestay?

Jom ke  Restoran Osman di Bandar Bukit Indah, cuma 10 minit drive dari Legoland Malaysia. Manakala Dillenia Homestay pula hanya 2 minit memandu dari Resto Osman, jadi  selepas keluar dari Legoland anda boleh singgah di Restoran Osman yg juga lokasinya bersebelahan Public Bank Bandar Bukit Indah.

Bandar Bukit Indah juga adalah Central Business District ( CBD ) bagi daerah Iskandar Puteri/Nusajaya.

tempat makan legoland osman18-menu

Tu dia di atas, menu makanan yang dihidangkan oleh Restoran Osman.

Jadi anda yang cari bank-bank akan dapati di sini ada 7 buah bank iaitu Public Bank(sebelah restoran Osman juga), Bank Rakyat, Bank Islam, BSN, Ambank, Bank of China(BOC), RHB Bank dan Alliance Bank.

Restoran ni juga betul-betul berhadapan dengan Aeon Mall Bukit Indah. Bagi korang yang nak ngeteh di malam atau subuh hari, Restoran ni di buka  24 jam , manakala kedai-kedai atau tempat makan di Legoland seperti Medini Mall ditutup dan last order biasanya hingga  pukul 9.00 malam ( 10.00 malam semua pintu-pintu masuk utama Mall ditutup )

Bagi korang yang nak bawa keluarga ngeteh sambil chilling , jom ke Restoran Osman 😀

Kalau sekadar nak ngeteh tapi tak nak makan roti prata Karipap Sardin, karipap Kentang, karipap Telur  pun ada di sini…

Foto atas : Ni lah suasana bahagian depan  Aeon Mall dari sudut kaca mata mamak Osman ni.

Buat info anda tempat makan  Bandar Bukit Indah ini beroperasi  24 jam sehari, tak pernah tutup atau weekend holiday, Raya Cina atau Hari Raya Puasa atau Raya Haji.

tempat makan legoland osman3

Kalau korang nak habiskan malam dengan tonton Cineplex TGV dalam Aeon Mall ni pun boleh, lpeas habis wayang ngeteh dulu kt Osman sebelum balik ke homestay . Kalau anda nak tau ianya merupakan Aeon Mall ke-2 terbesar di Johor termasuk Johor Bahru dan di Malaysia Selatan(Negeri Sembilan, Melaka dan Johor)

Berapa jauh Dillenia Homestay ke Aeon Mall ni?  Drive kereta cuma 2 minit jer atau  450m  dari Dillenia Homestay .Macam -macam ada dalam Aeon ni, itulah yang membuatkan bratus ratus warga Singapura dan pelancong-pelancong dari Legoland Malaysiayang datang bershopping ke sini. Legoland Malaysia juga cuma 10-15 minit ke Bandar Bukit INdah di mana lokasi Dillenia Homestay dan Aeon Mall ni terletak.

Tukaran wang asing yang muai iaitu SGD$1.00 bersamaan  RM3.08 So kalau diorang ada SGD500 pon dah berbaloi  dalam poket ada RM1675 haha.

Call atau Wasap 011-28653629 utk pertanyaan available homestay ya

Nak cari tiket diskaun Berbaloi Legoland Tahun 2026 ?

Promosi terbaik 50% Diskaun Tiket Legoland klik di bawah ni

Nak cari tiket diskaun Legoland Tahun 2026 ? : Promosi terbaik 50% Diskaun, hingga 30April 2026