Tempat makan best di Johor Bahru : Medan Selera Sentosa
Hakcipta foto : http://jalan2cuti2.wordpress.com ( Penyiaran foto ini telah mendapat kebenaran pemilik blog di atas)
Tempat makan di Johor Bahru sememang banyak, tetapi anda perlu di mana lokasinya. Jika anda berhibur di Legoland dan pada waktu malamnya ingin menjamu selera dengan bajet yang berpatutan, mari lah datang ke Medan Selera Sentosa, yang terletak di Taman Sentosa , Johor Bahru ( di hadapan sepanjang Pasaraya Store, Johor Bahru ) .
Kalau anda buka warga J.B nak ke sini tak lah susah jika anda memandu kereta sendiri kerana lokasinya spr di bawah:-
1. 5-10 minit dari Pasar Karat/JB Bazz/
2.5-10 minit juga dari Dataran Bandaraya yang di sebelahnya Padang Bola Latihan Team JDT
3. 20 minit dari Danga Bay, Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Zoo Johor(baru renovate Julai 2025)
4. 20minit dari Dillenia Homestay ( waktu off peak hour selepas pejabat 8.30/9malam ke atas)
Hakcipta foto : http://jalan2cuti2.wordpress.com ( Penyiaran foto ini telah mendapat kebenaran pemilik blog di atas)
Hakcipta foto : http://jalan2cuti2.wordpress.com ( Penyiaran foto ini telah mendapat kebenaran pemilik blog di atas)
Tempat makan ni yang merupakan antara tempat makan yang dah lama establish di Johor Bahru, mungkin agak kurang popular di kalangan pelancong-pelancong asing atau anda yang datang dari luar Johor.
Tapi apa salahnya kalau korang cuba nikmati makanan di sini yang harganya harga rakyat. Di sini ada lebih daripada 20 gerai-gerai makan yang diusahakan oleh warga Bumiputera dan Melayu. Lokasi terletak di Jalan Sutera Taman Sentosa, Johor Bahru iaitu di hadapan Plaza The Store yang dulunya memang agak famous dengan warga Johor Bahru, Johor tapi kini dah agak malap dek kerana kemunculan mall-mall yang lebih modern dan besar .
Hakcipta foto : http://jalan2cuti2.wordpress.com ( Penyiaran foto ini telah mendapat kebenaran pemilik blog di atas)
English
Eateries outlet near homestay Legoland, at Taman Sentosa, Hawker Centre