Tinggalan Sejarah : Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru Dan Tempat Makan Best dekat Dillenia Homestay : Kilang Bateri, Makan Dan Beli Belah
Foto atas : Salah satu kedai makan di Kilang Bateri
Tinggalan Sejarah : Buat makluman anda semua, kini pada 06.02.2023 Kilang Bateri yang berfungsi sebagai pusat komersil, telah menutup operasi dan secara rasmi menjadi fossil sejarah. Bangunan serta tapak tanah kilang telah pun dijual kepada satu syarikat yang tidak dikenali. Ada di antara peniaga-peniaga di sini telah pun memindahkan perniagaan mereka ke pusat komersil B5 Street Market yang terletak bersebelahan Plaza Angsana, Tampoi. Korang nak tahu lebih info fasal B5 Street Market bolehlah ke link ini https://jalan2cuti2.wordpress.com/2022/05/25/b5-johor-street-market-tempat-menarik-shopping-di-johor-bahru Walaupun begitu admin kekalkan artikel ini sebagai bahan bacaan dan rujukan anda suatu masa di hadapan ( In the future ) sebagaimana di bawah:-
Merupakan sebuah kilang yang terlibat dalam produksi bateri pada era 60-an kini, ianya telah ditukarkan kepada sebuah pusat membeli belah, terutamanya produk lokal di samping memberikan anda satu pengalaman menikmati makan dan minuman dalam situasi yang santai dan berbeza dengan tempat-tempat lain. Bertemakan hipster meh la ke sini .
Cuma 10-15 minit dari Dillenia Homestay samada melalui highway Nusajaya-Danga Bay atau pun melalui Tol Perling-Skudai-Johor Bahru
Untuk cerita lanjut pasal kilang bateri ni boleh lah ke pautan di bawah: