Tempat Makan Di Bukit Indah, Dekat Legoland Malaysia : Mak Engku Restaurant & Catering

Tempat Makan Di Bukit Indah, Dekat Legoland Malaysia : Mak Engku Restaurant & Catering

Tempat Makan kat Taman Bukit Indah ni, iaitu Mak Engku Restaurant dan Catering bila admin datang nak makan, memang tak pernah menghampakan.

Merupakan satu satunya restoran Melayu yang unggul di Taman Bukit Indah menghidangkan masakan Melayu . Boleh rambang juga biji mata korang nak pilih mana satu lauk yang sedap sedap untuk dimakan pada tengahari.

Foto atas: Menu makan tengahari juga dihidangkan ayam berempah bakar .( ala kart)

Bukan saja unggul di Taman Bukit Indah, malah kalau korang tengah bercuti kat Legoland dan menginap di hotel, motel atau homestay di area Iskandar Puteri ni yangg nama lamanya Nusajaya, di sinilah tempat makan paling utama yang orang mesti datang. Meh lah ke sini utk nikmati aneka lauk pauk Melayu hidangan Mak Engku.

Foto atas : Pilih mana satu lauk makan tengahari.

Kalau masuk ke Legoland Water Park pagi biasanya biasanya anda akan mengakhiri mandi manda menjelang tengahari dan perut pastinya akan terasa tersangatlah laparnya, apa lagi mari kita ke Mak Engku! 😀

Kalau korang nak tau area Legoland merupakan kawasan pelancongan yang agak terpencil dan nak cari makan masakan sarapan pagi, tengahari dan malam memang agak payah. Memang ada restoran di Mall of Medini yg bersebelahan Legoland, tapi yg korang akan jumpa di sini ialah KFC, A&W, Burger King dan lain-lain fast food serta restoran restoran atau food outlet makan western.

Foto atas : Anda juga boleh menikmati satey di bawah pepohonan buluh pada waktu malam di Restoran Mak Engku ini 😀 ( gerai satey hadapan Mak Engku)

Tu dia serba sedikit update dari admin tentang tempat makan di Bukit Indah, dekat Legoland Malaysia, cuma 10 minit pandu dari Legoland, korang akan sampai ke restoran Mak Engku ni. Kiranya anda menginap di motel, hotel atau homestay berhampiran Legoland jangan lupa menjamu selera di sini.