Tempat Makan Best dekat Johor Bahru dan Dillenia Homestay : Restoran Cookies & Ginger, 15 minit dari Legoland

Tempat Makan Best dekat Johor Bahru dan Dillenia Homestay : Restoran Cookies & Ginger

Cari tempat makan best berhampiran atau yang dekat Dillenia Homestay? Bagi anda sekeluarga yang bercuti pastinya akan mencari-cari juga tempat makan di tempat atau destinasi kunjungan . Lokasi restoran ini juga terletak dalam 15 minit perjalanan memandu dari tempat hiburan menarik yang tersohor di Malaysia iaitu Legoland .
Admin cadangkan anda jenguk-jenguk ke Cookies and Ginger, yang menawarkan pelbagai jenis menu Western, Italian dan Mexican dan lain-lain lagi seperti steak, segala jenis “chop”, Italian seperti sphagetti, pasta, dan Mexican contohnya burito dan salsa

Foto atas : menunjukkan ruang dalaman atau interior design restoran ini yang amat menyenangkan dan indah dan admin dapati buku-buku di susun di pelbagai sudut restoran ini. Muzik yang dimainkan juga menenangkan dan membangkitkan selera. Restoran ini juga berhawa dingin sepenuhnya.

. Macam mana cara nak ke Restoran Coffee and Ginger ni . Klik untuk dapatkan info lokasi restoran di sini