Tempat Makan Di Bukit Indah, Dekat Legoland Malaysia, PKP3.0/MCO 3.0 : Restoran BMS Corner

Foto atas : Admin dan owner sedang menikmati teh tarik sambil menunggu ketibaan guest homestay. Tu dia, air kelapa juga dihidangkan di sini. Kedai ini juga terletak seberang jalan daripada homestay ya.

Tempat Makan kat Taman Bukit Indah ni, iaitu BMS Corner menghidangkan makanan Islam yang berupa masakan mamak dengan pelbagai jenis masakan kari seperti kari ayam, ikan, daging dan lain-lain lagi.

  Seperti biasa restoran mamak ini menyediakan menu pelbagai jenis roti seperti roti kosong, roti bawang, roti telur, roti sardin dan pelbagai lagi.

Bukan saja unggul di Taman Bukit Indah, malah kalau korang tengah bercuti dekat Legoland dan menginap di hotel, motel atau homestay di area Iskandar Puteri ni yangg nama lamanya Nusajaya, di sinilah antara tempat makan yang perlu anda pertimbangkan.
  Taman Bukit Indah ni sebenarnya terletak di daerah Johor Bahru dahulu, tapi dengan tertubuhnya Pusat Pentadbiran Negeri Johor yang baru telah dipecahkan kepada daerah Iskandar Puteri (Nusajaya) . Kira macam Kuala Lumpur dahulunya bawah Selangor kini menjadi daerah Wialyah Persekutuan yang tersendiri.

Waktu bukanya ialah 24 jam dan sekiranya berada dalam tempoh PKP iaitu seperti PKP 3.0 sekarang waktu bukanya ialah dari 8pagi hingga ke 10malam dan hanya boleh take away sahaja ( bungkus atau tapau) Update terkini 29.01.2023 kini resto BMS dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 11.00malam ya.

.

Foto atas : Kedai ni juga terletak bersebelahan dengan Farmasi AM Pm, so kalau korang nak cari ubat datang jer ke sini.