Tempat Makan Di Bukit Indah, Dekat Legoland Malaysia, Restoran BMS Corner 50meter ke Dillenia Homestay

Foto atas : Admin dan owner sedang menikmati teh tarik sambil menunggu ketibaan guest homestay. Tu dia, air kelapa juga dihidangkan di sini. Kedai ini juga terletak seberang jalan daripada Dillenia homestay ya.

Tempat Makan kat Taman Bukit Indah ni, iaitu BMS Corner merupakan restoran makanan halalan toyyiban khusus kepada muslimin dan muslimat tetapi juga kepada pelanggan-pelanggan yang non atau belum Muslim

  Ok, seperti biasa anda akan expect  restoran mamak pasti  menyediakan menu pelbagai jenis roti seperti roti kosong, roti bawang, roti telur, roti sardin dan pelbagai lagi kecuali nan dan capati

 Salah satu restoran di dalam Perbandaran Bukit Indah yang perlu anda sekeluarga perlu pertimbangkan terutamanya jika sekadar nak mengeteh atau lepak-lepak setelah seharian berada di Legoland atau Educity ( yang cuma 10-15 minit memandu dari Dillenia Homestay)
 

Waktu beroperasi ialah pukul 8.00 pagi hingga 11.30 malam

Foto atas : Kedai ni juga terletak bersebelahan dengan Farmasi AM PM, so kalau korang nak cari ubat datang jer ke sini.